Mengapa harus ku ditimpa sebegini rupa . Apakah salah dan dosaku .Tanpa ku sedari air mata mengalir tanpa henti . Tiada siapa yang tahu . Hanya aku dan diriku . Ibarat seperti seorang pengarah menangis dibalik tirai pementasan . Aku .. menangis kesedihan . Aku rindu dia . Aku mahu dia . Aku suka dia . Hanya dia yang menyokong aku . Mengapa ? Tiada siapa yang disini menyokong aku . Hanya dia . Dia memberi harapan untuk aku . Aku hanya mahukan kata-katanya . Bukan romantis . Tetapi cukup membuatkan ianya menusuk kalbu ku . Aku sentiasa terngiangngiang kan katanya . Aku perlukan katanya untuk meneruskan hari-hariku . Sekarang dia sudah tiada . Dia meneruskan hidup seperti biasa . Mana mungkin aku menerjah mindanya saat-saat ini . Dia pasti punya peneman . aku tidak patut menggangunya . Aku hanya hadir sesaat didalam hidupnya . Aku hanya secebis dari kehidupannya yang hanya mudah untuk dibuang setelah tamat segala yang ditempuhi bersama . Aku ingat dia mahu beri kata semangat terakhir , malangnya tiada . apa yang aku harapkan tiada . Mungkin tidak mempunyai waktu ? mungkin ? ketika itu aku mencari . ya aku lihat dia . Aku tidak berani untuk pergi kepadanya . sungguh! Aku tak berani . Sekilas kemudian dia sudah tiada . Peluangku hanya disitu . Pertemuan sebelum itu adalah yang terakhir sewaktu ku menitiskan air mata . Aku telah menunjukkan yang aku ini lemah . Tidak sepatutnya ini terjadi . Dia pasti tidak suka melihat aku yang lemah sebegini . Tapi aku tiada daya . Dia seharusnya faham . Bukan sengajaku . Bukan pintaku . Aku mahu dia faham dan menyokongku . Ya , dia menyokongku . Tapi hanya sebentar tidak mencukupi . Tinggalan masih ada . Masih belum hilang . Masih belum pupus . Aku membuat tekad pada diriku sendiri . APABILA HAPUS SAHAJA KOYAK-KOYAK INI , MAKA HAPUSLAH ANGAN-ANGANKU TERHADAP SI DIA !!!!!ini adalah muktamad ! bukan niatku untuk melupai jasa . Tetapi ini hanya untuk tidak membuat aku hanyut pada angan ku terhadapmu . Cukup-cukup aku sebagai pungguk merindukan dirimu bulan . Penat . Setiap masa aku mengingatimu . Maka aku berharap agar dapat ku lupuskan anganku ini secepat mungkin . Insan yang ku sayangi , janganlah membuatkan ku terkejar-kejar bayangmu . Aku berharap penderitaan ini akan tamat secepat mungkin . tanpa kamu lagi . Jangan kamu khuatir . Kamu masih tersisip kemas disisi kotak ingatanku . Tidak mungkin aku melupakan orang yang telah banyak berjasa kepadaku . terima kasih bulan tersayang . hari siang akan menjengah maka terlindunglah kamu. Pasti kamu akan kuintai setiap kali tibanya malam . janganlah kamu rasa terganggu dengan intaianku duhai bulan ..
p/s : is this mine or copyright ? LOL the answer is in YOU ! :DD
all those memories can't be replayed . they just recalled :)
let's move on to our next era , step up the stairs and live up the life like a king standing ovation on the moon smiling gracefully . in conclusion , do help me in my maturity proccess . it might hurt at the beginning but will rewarded with victory at the end :)
Diriwayatkan daripada Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Rasulullah SAW pernah suatu hari berpesan kepadanya: "Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu".
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
No Copyrights Allowed Without Permission. Powered by Blogger.
0 hai pak mat ! nak comment sini ;D:
Post a Comment