Tuesday, December 14, 2010

INSYAALLAH

andai aku merenung semula 
segala apa yang telah berlaku 
telah banyak yang ku lalui dan tidak pernah aku sangka dan ku duga 
begini suratan hidupku
 sakit , parut , luka dan segala perit di dalam hidupku ini tidak akan pernah dijangka oleh manusia yang hanya ketawa apabila mereka mengetahuinya

mungkin .
mungkin semua memandang bahawa manusia manusia ini hidup senang .
ya , itu hanyalah jika dipandang dengan mata kasar yang dikaburi dunia syaitan durjana .
sesungguhnya kami bukan sesenang seperti yang disangka .
kami juga perlu berjalan atas duri duri tajam yang mencengkam .

aku cuba sedaya upaya ya Allah .
aku akan cuba menjadi penguat kepada ikatan ini . 
akan aku jaga semuanya selagi aku terdaya .
dulu , aku yang didatang , dimanja , dibelai .
ya , semuanya aku perolehi .
rengekanku merupakan permintaan yang akan dipenuhi
tetapi sekarang , aku bangkit .
bangkit melihat dunia yang menipu .
bangkit untuk menegakkan kebenaran insan yang ku sayangi 
bangkit untuk menjadi kekuatan .
bangkit untuk menjadi harapan .
ianya berat sehingga terkadang ku tergelincir dan tidak terdaya untuk bangkit .
tetapi kerana bayangan perit yang penuh dengan kasih sayang itu membuat aku bangkit dan menempuh segala ranjau yang menyucuk di hadapanku .

aku berharap aku bisa menampungnya .
bebanku tidaklah seberat mana jika mahu dibandingkan dengan apa yang mereka pikul selama ini
mereka sudah mengerahkan segalanya untukku .
dan kini tibalah waktunya untuk aku bangun dari mimpi yang mengkhayalkan 
dan kini .. aku akan buktikan yang aku kuat dan mampu berjaya


dont despair and never lose hope , cause Allah is always by your side ...

0 hai pak mat ! nak comment sini ;D: