Sunday, March 31, 2013

kahwin.

Assalamualaikum.
haha sila gelak sambil lempang diri sendiri lepas baca tajuk entry gua. okay sebenarnya ada benda nak cite sikit pasal kahwin ni. terfikir pasal tajuk ni pun lepas baca blog Dahniar Darwin atau nama manjanyeww, ninie. hewhew salahkan ninie ! sebab dia laa gua buat entry peliks peliks ni. hahaha maafkan saya niaaa :3 *muka comel kuasa turbo 2.0*

sebenarnya nak cite, kawan aku, atau lagi rapatnya, kakak homeroom aku, Saiyidah Farah Athirah yang umur dia sama dengan aku, 19 tahun, akan BERKAHWIN 1 May ni. 1 May 2013. ya tahun ni. ya la lepas final exam aku ni laa. terkejut kann ? terkejut GILAA kan ? hahaha relax relax, saya takde niat pun nak troll anda semua, masalahnya benda ni realiti kott. gua tarak tipu punyaa maa. so, rakanrakan Merbok, mari kita bersiap siaga untuk berkumpul 1 May ni ! oh yeahh :D *nari keling* ohh lupa nak bagitau. bakal suami Farah tu kawan sekolah rendah saya. kbye. namanya Syed Muhd Zulhilmi. kayy dunia memang kecik. duadua orang yang saya kenal akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. (ulasan si fogheber alone. sobs)

hoh, lagi nak cite, haritu kannn, ni scene depan hospital lepas jenguk atuk sakit. Alhamdulillah sekarang atuk dah lotssssssa better. thanks for the dua's everyone :') okay sambung balik. ibu tengah bebel bebel laa pasal problem yang jadi dalam hidup dia. then dia cakap laa

"Tu laa Dira, nanti nak kawin, cari laa elok elok blablabla"
"Alaa, Dira tak reti cari. ibu laa cari kan. ikut je kriteria yang ibu nak. Dira ikut je"
"Takde takde. ibu taknak carikan. cari sendiri"
"Alaa ibu laa cari."

lepas tu tetiba opah yang berada di sisi kami menyampuk,

"HAA, betul ke Dira nak ? opah boleh carikan !"

dengan penuh semangat opah aku jawab. speechless terus -.- dan terus aku geleng tanpa disedari. tettt

then ni lagi satu scene. haritu Kak Nora bertunang, lepas tu ada laa hantaran tunang yang dia dapat dari pihak laki. ada laa sekali tepak sireh kan (ceyy tepak sireh ni laa highlight nya :p) ni cerita dah habis kenduri laa ni. kami geng geng perempuan + makciks pun berkumpul laa depan hantaran tu nak mengcukai sikit hantaran tersebut sambil bergosip. time bukak bukak hantaran tu, Kak Yang (kakak Kak Nora, dah kawin dan dah ada anak) dia pun sibuk uruskan tepak sireh. lepastu dia cakap dengan suara yang kuat,

" Haa anak anak dara, sape yang nak kawin cepat meh sini makan sireh ! "

aku pun terkejut. 'betol ke makan sireh boleh kawin cepat ?' soalan tu keep playing in my head. hahaha then aku saje buat buat tanya ibu,

"Ibu, orang makan sireh tu untuk apa ?" buat muka blur padahal tadi dah dengar sebab apa :P
"Saje laa orang orang tua kata kalau makan sireh tu boleh cepat kawin."
"Kalau macam tu Dira nak makan jugak la !" berkata lah aku kepada si ibu dengan nada yang excited di depan makcik makcikku sambil penuh kegatalan tergambar di mukaku. ibu pun terkejut sebab i never show her the gatal side of me since i ever lived. that was the first time. lepastu aku pun pergi kat Kak Yang, Kak Yang pun tau tujuan aku datang kat dia untuk apa. haha dia pun bagitau laa step step balut sireh tu. then dia kata before makan sireh tu kena bismillah, selawat and niat dulu. niat apa ?? haa tu rahsia laa. niat tu sendiwi simpann laa. so, aku pun makan laa sireh tersebut. rupanya ianya pahit dan mengebaskan mulut. ohmyy pedas pedas pulak tu. then Kak Yang yang agak-err-memang kecoh tu cakap laa dengan kuat yang aku rasa rumah depan pun boleh dengar,

"Mak Ngah (panggilan cousin aku untuk mak aku), ni Dira ni dah makan Sireh ni haa. nanti prepare le dapat menantu baru."

ohmyyy. aku malu. maluuuuuuuuu. aku taktau la cemana boleh gatal sangat aku hari tu. haihh rasa nak tampar diri sendiri. lols

ohh lupa. lepas tu Kak Lin (kakak Kak Nora and Kak Yang, tak kawin lagi, doktor) cakap,

"Kamu jangan gatal Dira. belajo dulu sampai habis baru kawin."

lepas tu the best part is, ibu balas,

"Takpe Mak Ngah tak kisah dia nak kawin time belajar pun."

omjayyy. aku.sumpah.terkejut.jpg SERIOUS AKU TAK SANGKA ibu boleh cakap camtu. rasa nak jerit kat satu dunia ' Wehhh mak aku bagi kawin wehhhh ! ' haha jangan berangan laa Dira, calon pun takdo. krik krik krik krik ~

tapi ibu still la ada bagi syarat dia kan. syarat dia tak payah tulis kat sini laa kot. cukup laa cerita yang amat sangat panjang tu aku ringkaskan. pheww penat type.

so konklusinya sekarang, i'll just wait for the jodoh and dushhhh terus kawin. memandangkan ibu pun dah approve :3 hikhik okay sumpah aku gatal, tolong tampar aku sampai aku sedar please.

Allahumma Zawwijni Zaujan Soolihan. Amin Ya Rabbal Alamin :)

p/s: maafkan saya pada sape yang nak termuntah tanpa henti lepas baca entri ni. sobs :'( nah baldi ! \_________/

Si Fogheber Alone Yang Mintak Penampar Sebab Gatal Sangat,
Dyra Haiyi

2 hai pak mat ! nak comment sini ;D:

faam said...

SAYA MENJERIT KE-EXCITED-AN MEMBACA BLOG AWAKKK WKWKWKWKWKKWKWKW

Dyra Haiyi said...

hahaha. okay ittew malu sekarang ==